Santai bersama Group Selawat AIM

Meneroka dunia baru menubuhkan group Selawat untuk Sahabat Amanah Ikhtiar Pusat seroja ....sesuatu yang agak baru dalam dunia Cik Muna...boleh ke...cubalah dulu tak cuba manalah tau ye.Percubaan yang pertama ialah apabila salah seorang abang sahabat Aim ingin kami memeriahkan lagi majlis kendurinya yang dah macam wedding of the year tu....Bila mendapat panggilan telephone kami berbincang dah sahabat pun bersetuju...wow bestnya....Kalau bernasyid tu dah selalu sangat cuma tak pernah menang tapi selawat ni ok lah janji kita enjoy......



Ok... sesi latihan pun bermula kat dewan kami dewan setia bakti Bintong Selatan....bolehlah bincang sikit sikit konsep dan tone lagu....dia orang ni memang sporting sangai bebaloilah kalau di ajak buat apa-apa pun .......






Hari yang dinanti sudahpun tiba kami singgah kat rumah kakak saya sekejap untuk berlatih sikit...perangat suara bukan apa.....takut tersangkut pula...maklumlah...
Siap dengan uniform AIM...bolehlah tu janji sama...nanti lain kali kami pakai jubah semua hitam lagi cantik he.he....













lepas selawat apa lagi makanlah.......byk betul makanan semua makan saya bedal badan dah montel dah nak takut gemuk apa dah janji happy....Itulah pengalaman selawat kamo didepan orang ramai ...mula-mula malu lepas tu serunok..yg syoknya sebab dapat tempahan banyak pula Terimakasih Bang Mi sebab bagi hadiah dah tu bagi duit pula...terimakasih banyak.banyak.ok Santai Bersama Cik Muna ok.........

Alahai SMKPUTRA......

Semuanya hanya menjadi kenangan selama 2 tahun Cik Muna mengambil alih kantin smkputra..Banyak kenangan pahit dan manis yang dapat saya simpan didalam simpanan memori saya...Yang manis tetap menjadi ingatan dan yang pahit tetap menjadi peringatan utk diri saya.Walaupun saya hanya mengendalikan kantin itu namun hak milik sepenuhnya adalak kakak saya.Saya hanya menguruskan saja segalanya termasuk akaun sekali.Bukan senang ,cakap memanglah senang dengan kos barang yang cukup tinggi tetapi harga jualan perlu mengikut standard kantin .Kos barangan mentah cukup mahal...untung pun takkanlah banyak ditolak pula dengan kos bayaran pekerja......


Saya rasa seronok dengan pelanggan kantin saya dari pelajar hinggalah kepada tenaga pengajar yang cukup ramah dan baik walaupun mereka seorang guru.Nasi ayam saya mendapat sambutan tetapi saat terakhir tak dapat buat sebab harga ayam yg tinggi dengan pelajar yg kurang dan jamuan cikgu.Kami ni siapa sangat cuma insan biasa yang mencari rezeki yg halal...Namun ada juga yg tidak masuk kantin...alasan apapun tak taulah yg jelasnya saya tak cari masaalah dengan mereka mungkin mereka ego..maklumlah cikgu....yang pi ke kantin sebelah pun ada...hairan apa yg menarik sangat...kata tak bagi pelajar keluar..emmm sama saja guru dengan pelajar tu...patut ada tindakan disiplin kepada guru tersebut sama seperti yang dikenakan kepada pelajar barulah adil...saya tak kisah sangat sebab lauk saya habis juga...ha..ha


Kalau nak dikira tahap kebersihan kantin saya di tahap A....sekali saja kami dapat markah B...kira ok lah tu...itu pun melibatkan struktur bentuk kantin yang agak lama...bukan masaalah kami...Kalau nak dikira dari segi bayaran sewa menjengkau ribuanlah termasuk air dan api tetapi struktur bangunannya teruk sangat tak setimpal dengan harga sewa..tiada inisiatif dari pihak sekolah...katanya tiada duit dari jabatan tetapi sepatutnya masaalah sink,kabinet dan lain lain perlu diambil kira.Tapi kami tak kesah dan tak pernah merungut sebab kita ni siapa nak tegur orangkan...Tapi saya hormat pada Cikgu Salbiah yang prihatin dengan masaalah kami.Dia cikgu terbaik...


Masaalah peniaga yang kat luar pagar juga mengundang risiko yang agak tinggi utk keracunan pelajar...Tapi dan jelaskan kepada yg berkenaan dan juga MPK tapi masih ditahap itu juga.Seolah guard yang jaga tu berkerjasama dengan peniaga.Panjang betul peniaga kat situ...seperti pasar malam jadinya...Time rehat pula pak guard perhatikan aje pelajar beli pada peniaga luar...tau tak risikonya kalau terjadi kes keracunan makanan siapa yang bertanggungjawab
.kantinlah bongok oiiii....kena pikir ada otak Allah bagi....Amboi siap simpan meja dan payung peniaga dalam kawasan sekolah pula...Amboi cantiknya.....dapat komisyen ke ...kalau setakat dapat minum free apalah sangat.....
Bab jamuan pun sama...seronok ambil kat luar macam kami ni lekeh sangat...emmmm yg nak kredit kamilah pilihan mereka.Ada yg kata takut ganggu kami sebab kami urus pelajar.ok boleh diterima pakai tapi waktu kami tak sibuk misalnya pada hujung tahun masih lagi tak berurusan dengan kami...macamana ye...walaupun macam tu ada juga yang hantar makanan pada kami.Terimakasih cikgu Nur zaliha cikgu Saodah...ingat juga pada kami..Ye lah mungkin kami masak tak sedap kut...tapi depa punya lagi tak sedap ha.ha.Kami pun ada juga menerima tempahan utk sekolah lain tapi kami tak tamak sebab kami tau apa perasaan kantin sekolah tersebut pula sebab kami tau perasaan mereka sebab kami merasainya....mungkin selepas ini kami akan uruskan cateering dengan lebih luas lagi kerana berurusan dengan orang luar tak banyak risikonya.Tapi kat kantin seronok bersama cikgu yang sporting cikgu Muna,sue riza,noraini,norimah,fauzani,azizah,nik,Tad,shima,izani,yasmin.Ustaz.Nasir,Ustaz Azahari,bukhari. Rusdan,Ariffin,Hem Nasir .Nor Azlina,Nor Zalina,Haslina,Bakriyah,Sarabanu,Amira,Yusrin,Rosnah,Idris,Lim,Rezal,Azhar,Nordin,Nariya,Roha,sharlina,sayang,Laila,Suria,sharifah sherry dan lain-lain yg saya lupa nak sebut.Kalian semua dalam kenangan dan sentiasa kuatkan semangat saya selama disitu...
Sebenarnya lama dah saya nak berhenti cuma kesian pada kakak saya jadi saya uruskan sampai habis juga.Jangan marah ye yentang jamuan tu sekadar terkilan saja dan tak simpan dalam hati.










Penyediaan makanan kantin kami tak seperti kantin lain sediakan makanan seawal 4 pagi...kami mula masak pada pukul 6.45..semuanya fresh...masak awal macam kantin lain mengundang risiko keracunan makanan ...itu kena tau jangan pandai dok komen kalau tak pi kursus tau..ni Cik Muna nak bagi tau lah yer...Penyediaan makanan pula kalau tak solat jangan haraplah dapat kerja dengan Cik Muna tau sebab saya akan pastikan pekerja yang saya ambil tu orang yang sembahyang sebab proses penyediaan makanan perlu bersih...ada yg tipu pasal sembahyang sahlah kena reject ...jangan marah yer itu peraturannya..Alhamdulillah yang ada sekarang ini tidak mengecewakan saya..terimakasih pada yang faham perangai Cik Muna ye...Rezeki kita ada dimana-mana tak semestinya di smkputra saja...mungkin Allah menyediakan tempat lain utk kita.Janji kita sabar dan banyak bersyukur...janji kita dah buat yg terbaik..... mungkin mereka nakkan yang lebih baik dari kita....terlupa pula saya nak cakap staff putra terbaik semuanya...ikhlas...
Masa saya nak ke Mekah tempohari alahai terharunya saya bila tau saya nak pergi limpahan sedekah yg mereka berikan terimakasih..halalka saja ye..banyak yang mereka sedekahkan untuk saya berbelanja kat sana..ada lah beli buah tangan sikit kat mereka ...itu yang termampu saya beli..maklumlah saya bukanlah orang yg kaya...Bila saya balik masing-masing rindukan saya pula...sekarang ni ternyata saya dah tinggalkan mereka untuk selamanya...tapi tetap merindui mereka juga....jumpa di alam fb...


Terimakasih buat semua...putra tetap dalam kenangan yg baik saya simpan dan yg tak baik saya buang jauh-jauh apa-apa pun Cik Muna tak pernah berdendam...tetap happy.Segalanya anggaplah sebagai teguran ikhlas dari cik muna utk kebaikan bersama...supaya jangan pandang tak elok pada kantin mereka juga manusia biasa...........
                                     Menu dalam kenangan........

























Selamat menjamu selera..he.he...semoga bidang baru yang kami akan ceburi nanti akan berjaya sementara menanti tapak kat unimap Pauh beroperasi...Putra tetap di hati     ....muaaaah..muaaaah...sehingga jumpa lagi dan lagiiiiiii dalam Santai Bersama Cik Munaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........!!!!!!!!

Santai bersama Cik Muna......

Salam buat semua rasanya dah lama saya tak menulis untuk blog saya.Sebenarnya saya sibuk dengan banyak aktiviti yang melibatkan kampung Amanah Ikhtiar dan Peti undi.Sibuk macamana sekali pun badan tetap maintain.Ini lah kehidupan seharian saya bukan hanya dunia saya di kantin saja tapi saya banyak melibatkan diri dengan masyarakat.Alhamdulillah sekarang ni cawangan bintong selatan dan aktif itu yg membuatkan saya paling gembira sangat apabila kami bermesyuarat hampir setiap minggu.Alhamdulillah byk perkara yang dapat kami selesaikan bersama.Tapi yang banyak cakap sayalah sebab saya suka selesai dalam mesyuarat segala jenis perkara pun mesyuarat belakang tak main lah.Bukan senanglah nak jadi ajk jkkk jangan makan elaun buta saja tampa menghiraukan nasib orang kampong.Jangan pula asyik nakkan projek aje nasib orang kampong perlu di bela.Kekadang tu sehari banyaknya kerja tapi tak apalah kerja dengan ikhlas dari dewan yang usang kami jadikan ia cukup meriah dengan berbagai aktiviti.Terimakasih buat semua Ajk yang menyokong saya .Terimakasih buat pengerusi JKKK yang sudah mula menjalankan tugas dengan sempuna.
Setiap minggu kami membincangkan tentang masaalah penduduk.Biasalah topik banjir dan bantuan untuk banjir.Andainya permohonan kami utk mengujudkan KRT berjaya kampong saya akan menjadi lebih maju lagi.
Barisan ajk wanita tidak kurang hebatnya dengan banyak idea yang di ketengahkan untuk kebaikan bersama.Dalam apa saja permasaalahan kita pastikan ia akan diselesaikan dengan segera kerana wanita merupakan pengerak utama dalam sesuatu aktiviti yang melibatkan kpg.
Aktiviti pertama kami ialah bersama cikgu kemas Puan Rohana bt Wahi.Cantik orangnya.mengajar penduduk kat sini masak-memasak.Insyaallah semasa perjumpaan kali pertama ramai jugalah yang datang pemduduk dari kampong jiran pun ada yang hadir juga........mereka amat berminat sangat untuk belajar memasak

 Inilak kelas masakan kami yang pertama bersama cikgu Rohana yang cun melecun.Masakan kami yang pertama ialah kek cawan tak susah sangat membuatnya.Rasanya sedap pula rugi lah kalau tak belajar ni boleh buat niaga tau tambah pendapatan keluarga...... 
Enjoy juga kita pada hari tu sebab boleh cuba buat kek tu...tengok Puan Rini Maria dah pandai buat tu.....ci muna kalau lauk pauk kira terrorlah tapi bab -bab kueh moden ni surrenderlah...tak minat sangat..orang lain semua minat..he.he jangan marah cikgu kalau bab nasi arab atau nasi dagang minatlah nak masak....nanti cikgu ajar saya ye....ewah tu pun kalau dia mahu ajar....tak mustahil kan semua orang nak belajar untuk juadah raya ok lah tu.......


Tenguk tu pulunnya Rini tu siap ambil cuti separuh hari lagi...maklumlah nak jadi isteri yang terbaik masak untuk family..tapi tak boleh lawan cik muna lah...tetap terbaik...yang lain pun memang cukup berminat..rasa seronok sangat..ini memberi kepuasan pada saya.... 
EMMMMM.......Sedapnya ngeeeeeeeeee.....


Inilah cikgu aerobik ....

Kami juga menjalankan aktiviti aerobik pada setiap hari isnin dan khamis.Emmmm....sambutan yang mengalakkan bila dewan penuh.Sikap sporting di tunjukkan daripada semua...terimakasih kerana sudi datang untuk memeriahkannya

Dah macam pancasitara pula...tapi mereka memang sporting sangat...tak pernah menolak bila di ajak bergambar walaupun penat...cayalah....
Ini  gaya Puan Azean ....sekarang ni dah pandai dah....

 Rini memang terror dah....lawa pula tu...ewah
Kita semua happy sangat ler....

 Program pertama hasil idea 100% Saya untuk program santai bersama umno cawangan Bintong Selatan.Di adakan bersama Amanah Ikhtiar Pusat Seroja.Alhamdulillah setelah sepi tampa sebarang Cik Muna muncul dengan idea tersendiri berkonsepkan santai....sambutan yang mengalakkan....seronoknye..........
 Disebelah pagi kami mulakan dengan berjalan kaki mengelilingi ban oleh kanak-kanak dan orang dewasa..sportingnya mereka ini.........
 Aerobik dijalankan serentak didalam dewan ...ewah...masa ni lan si ibu nak bergolek ye...hentam saja lah...janji enjoy dan santai......
 Cikgu aerobik dan anak didiknya ..my friend Rini &Iyah.....
                                     Permainan dam pun bermula.....


 Pertandingan memasak set nasi lemak & Puding oleh AIM
 Pengadil pertandingan Guru Kemas kami Puan Rohana.....
                                                    Taklimat pertandingan memasak
                Pertandingan batu seremban lelaki& Wanita
                                                    Pertandingan congkak

                                    Pertandingan carom.....

Pertandingan skipping...

Hanya setakad ini program Bintong Selatan ....Insyaallah pada 17/12/11 kita akan adakan pertandingan Memancing .Semoga ia akan mendapat sambutan.Hanya disini saja utk kali ini..jumpa lagi nanti....santai bersama cik muna....