Santai bersama Umno Bintong Selatan....

Kalau kebiasaan nama saja cuti bolehlah relex tapi cik muna lagilah kalut dengan macam-macam aktiviti sebab masa ni lah kita nak buat program untuk kampong dan juga untuk pusat Amanah Ikhtiar Pusat Seroja dan tugas saya sebagai ketua wanita peti undi wang bintong.Rasa tak puas buat kerja terutama kalau buat program untuk kampong.Kita buat program ikut team tapi rimaslah bekerja dengan orang yang tak bersungguh,Terpaksalah kita sendiri buat itu dan  ini tapi ada juga dalam team jkkk yang sporting.Nak kata pun susah tak kata pun susah sebab perlu ada ketahanan diri dan daya usaha yang tinggi dalam merealisasikan sesuatu program itu.Program santai bersama cawangan bintong selatan adalah 100% idea berani saya yang saya ketengahkan dengan konsep yang berbeza dari program lain.Kehadiran yg tidak disangka-sangka hasil promosi saya diserata tempat termasuk f,bookBukan senang nak terapkan unsur santai dalam program ini tetapi saya beranikan diri juga tampa sebaran bantahan dari barisan ajk.Permainan congkak,batu seremban,skipping ,permainan dam dan carom.Tapi penyertaan amat mengalakkan.Saya seorang yang tegas dalam kerja saya.Kesian juga bila saya memaksa setiap ajk menyumbangkan hadiah disamping kehebatan ketua cawangan .Kita dapat banyak hadiah dan boleh membuat cabutan bertuah.Alhamdulillah kita dapat buktikan yang kita mampu sediakan banyak hamper.Saya terpaksaberjaga sampaikepukul 3 pagi demi memastikan keperluan untuk program disediakan dengan sempurna walaupun pada ketika itu orang sudah pun tidor namun saya berbakti untuk cawangan saya ikhlas walaupun tidak berbayar.Tapi bila saya tengok ramai orang yang letih tu hilang begitu saja .Program hari itu dimulakan dengan berjalan kaki mengelilingi ban wah ramai penyertaan dikalangan kanak-kanak.Manakala didalam dewan di adakan aerobik untuk golongan muda.Emmm meriah sungguh suasana pada pagi itu.


Tengoklah bagaimana happynya mereka ini walaupun ini bukan pertandingan cuma jalan-jalan mengelilingi ban tapi mereka semua tetap enjoy.Ini lah yang  di namakan semangat. Menghirup suasana pagi untuk memanaskan badan dan selepas penat berjalan dihidangkan dengan bihun goreng dan ait teh.Berseleralah adik-adik kita ni makan ye..










Kalau kat luar anak-anak berjalan bersantai mengelilingi sungai.mak mereka pula sedang exercise kat dalam dewan .Hot mama lah katakan.Sporting betul dengam cikgu aerobik yang best.Irama lagunya memang rancaklah apa nak kata goyang aje janji kita happy sekali sekala perlu juga kita adakan masa untuk berseronok macam ni.Penuh lah dewan hari tu..thanks untuk semua yg menjadikan program ini cukup istimewa...








 Pertandingan carom begitu banyak penyertaanya.Sampai terpaksa hadkan penyertaan.Hebatnya,yang dalam gambar baju hijau tu bukanya budak tetapi cikgu Amanah Ikhtiar,cikgu saya ler..sporting masuk pertandingan .Kesian tak menang tak apa cuba lagi tahun depan .Bukan senang nak jadi johan tapi yang penting semangat kita menyahut cabaran.Johan pertandingan ini adalah anak jati kampong jarak.terorr tu walaupun terbuka utk kampong lain tapi kampong kami menang.terbaik..


Permainan congkak pula diadakan utk 2 kategori iaitu untuk Amanah Ikhtiar dan orang kampong.Emm best sungguh lama tak tengok orang main congkak rasa macam dulu-dulu pula.Penyertaanya sangat ramai kerana semua tau main permainan ini .Sambil main kita boleh sembang-sembang .Kedengaran suara ketawa di sana-sini .Nampak sangat mereka enjoy itu yang saya harapkan walaupun saya terpaksa kesana dan kesini pastikan semuanya dalam keadan teratur .Letih siapa yang tau tapi demi  memastikan program berjalan dengan lancar saya gagahi juga.Saya berterimakasih pada anak saudara saya Rini Maria yg banyak membantu saya dalam program ni mengikuti jejak langkah saya.Mana nak tumpah kuah kalau tidak ke nasi.Ajk lain juga sporting ..Yg seronoknya ialah johan prtandingan congkak peringkat kampong ialah kakak sulung saya.Steadylah kak ma...




Pertandingan agak agak memerlukan daya pemikiran yang akan tinggi dalam memastikan kemenangan.Pemenangnya ialah dari kampong wang ulu.Bolehlah tu asyik kita aje yang menang bagilah peluang pada kampong lain pula.Ramai juga penyertaan yang diterima tetapi terpaksa menolaknya kerana kesutukan masa.Selalunya orang main kat bawah pokok aje ataupun di kedai makan lepak sambil minum jadi saya ketengahkan supaya ia  menjadi satu pertandingan berkongsep santai.Nak cepat naik haji mainlah dam.Sesuai utk semua kategori.




Pertandingan skipping adalah untuk group remaja.Kalau saya yang masuk hancurlah retak habis lantai dewan di buatnya.Skiping mengikut masa mana ada orang berani buat macam ni tapi untuk suka suka ok lah tu pertandingan untuk seronok-seronok aje.nama pun santai bukannya konsep sukanika.Apa -apa semua happy sernok tengok gelangat peserta yang kanak tu tak apalah ada yang mak budak pun masuk juga.emmm semput.Tahniah pada anak saudara saya dapat tempat ke tiga.Jadi lah tu hebat juga sebab terpaksa berlawan dengan budak-budak.Untuk pertandingan batu seremban tak ada gambarlah pula tak pa kan.Biasalah .




  Dua pertandingan masakan iaitu pertandingan Puding dan juga Pertandingan Set Nasi Lemak.Kalau tak ada makanan bukan cik muna lah.he.he.Dan yang menyertai pertandingan kali ni tauke nasi lemak belaka ni mestilah sedap kan Kena dengan lemak santannya nak menang katakanlah..mereka ni memang sporting dalam apa program pun tak pernah menghampakan saya.Tu yang saya sayang sangat tu.Tahniah buat yang menang.Yang untungnya sebab saya dapat rasa semua masakan tu.kalau saya pengadil semua menanglah.he.he


Sempat juga mengusik orang memang saya suka usik orang...


ANAK MENAKAN SAPA NI CANTIKNYA..











No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.