cinta terlarang....

salam buat semua  teman..emmm ada orang suruh cik muna huraikan tentang cinta terlarang macamana pendapat sebab dia kata cik muna pakar segala bidang jadi tolong huraikan .pakar ke aku ni tak adalah sekadar nak hurai bolehlah tu pun sebab tengok kes kes yg telah terjadi...sebut saja terlarang ni memanglah tidak mendapat keizinan daripada org yg rapat dengan kita..contohnya family kitalah...masa tu cinta bagai nak rak lah pasangan tu...tapi bila kita renunglah balik terlarang disebabkan apa ? itu merupakan faktor yg penting..melarang dari segi kebaikan ataupun sebaliknya..kebanyakkan lah ibubapa semuanya hendakkan anaknya bahagia..betul kan jadi mereka tau apa yg terbaik utk anak mereka..kalau pilihan kita tu baik tak apalah.. masaalahnya  kalau yg bermasaalah jadi kena fikir 2 kali sebab cinta itu buta dimana org lain nampak tapi kita tak nampak.jadi teguran dari mana mana pihak utk kebahagiaan kita harus diterima pakai ....bila kita ambil jalan pintas menolak semua teguran membuatkan kita hanyut...bila tiada org menegur kita segalanya nampak mudah tetapi berserabut dimasa depan..kena faham disini bahawa setiap org yg menegur kita sebenarnya sayang kepada kita.....
semua family nak anaknya bahagia ye...tapi jika terlarang dari segi yg bercanggah seperti tidak mahu calun menantu di kalangan orang susah dan yg tidak bekerja sebab kerja lekeh tak mau sebab malu kat masyarakat nak menantu org kaya...ini dah melampau...kuasa pertemuan jodoh itu ditangan Allah...kita tak tau apa yg akan jadi dimasa akan datang...lain lah kalau jenis bakal menantu tu jenis yg memang jenis teruk macam penagih yg tak pernah nak insaf ke,jenis kaki betina ke atau yg teruklah...andainya jenis orang susah jgn kita menghinanya...dah lah tau susah diambilnya belanja kahwin yg mahal sampai tak mampu pula..adoi kesiannya kes macam ni...terlarang macam memang kes aniaya...alasan mak anak dara ni tak mau susah macam dia....la pula dah.. sebenarnya  dia pun susah jadi sepatutnya bila dia susah takkan tak tau perasaan sesama org susah ni yg kau pi kapak kawan tu buat apa pula...dia tak sedar ke nanti anak jantan dia org buat macam tu pula org ambil belanja mahal apa kau rasa...itu lah kekadang tu kita lupa daratan semua nak ambil menantu yg bertali leher...wah hebatnya balik setahun sekali naik kereta mewah...emmm setahun sekali aje ...itu pun kalau balik...yg lekeh ni hari hari balik pun tak pandang pun....tapi...ada tapi tu... kalau sakit apa macam yg lekeh tu lah usung pi periksa lah ...waktu tu taulah...tapi sekejap saja insaf lepas tu jadi balik sebab duit dah mengabuli mata manusia budi baik dah tak ada nilainya lagi di mata masyarakat  kecuali mereka ada nilai agama yang kuat...islam itu terkandung segalanya cuma kita yg harus control diri kita dengan selalu berdamping dengan majlis ilmu..ia adalah ubat utk diri kita dan pegangan kita.....
wahai teman semua sekiranya kita dianugerahkan oleh Allah dengan kemewahan hidup didunia ni jangan sekali kita menekan anak anak kita andainya mereka bercinta dan tidak ada kecacatan dalam percintaan mereka tu...sokong aje walaupun bakal menantu tidak sedarjat dengan kita kerana ia akan mengundang perselisihan diantara anak dan kebahagiaan keluarga kita.mengambil belanja terlalu mahal sedangkan kita memang tidak kisah tentang duit tapi senaja utk mengeruhkan keadaan.biar pun kita nak mengabulkan mata org dengan majlis yg serba mewah tetapi ada insan yg terluka kerana kenduri hanya sehari tetapi kehidupan selepas itu masih panjang...Allah tak memandang glamour sesuatu kenduri  itu yg penting ialah akad nikah yg menegah dari perbuatan maksiat.kesian lah ada setengah pengantin terpaksa berkongi duit hantaran semata mata ingin merealisasika impian keluarga..sanggup meminjam kat along dah tu sanggup melakukan jenayah semata mata ingin memuaskan hati sesetengah orang....
Ada juga yg cinta terlarang tu bila dah kahwin allah bagi rezeki jadi senang.. punya anak ramai lagi lah senang.. mulalah sanak saudara mengaku adik beradik tapi hatinya terluka sebab kisah dulu dulu tu sebenarnya dia berdendam..tak baik macam tu ye cik muna rasa baik lah jgn berdendam lagi..org tua tu dah kerepot dah..tapi kekadang tu kerepot pun masih tak insaf lagi dok mengata kat anak jiran pula tu..eshhh....rumah kata pergi kubur kata mari....mau lah si menatu tu nak hormat dia....
cinta terlarang byk yg perlu di kupas dan mengundang kemusnahan hidup dimasa hadapan.sudah diberitahu jenis laki tu kaki betina dan tu selalu gi padang besar...emmmm nak kahwin juga sanggup lari nikah kat seberang..alamak kesian ibubapa yg menjaganya selama ini...kahwin sekejap si jantan tak berubah dengan perangai lama emmm balik cari ibubapa pula jadi gantung tak bertali pula...terimalah si ibu dan bapa ni kembali anaknya yg pernah menconteng arang ke muka mereka ...maklumlah anakkan siapa tak sayang...itu lah fikir dulu sebelum buat...org lelaki ni senang aje nikah kat siam belanja pun tak payah upah tok  kadi... tapi kita sebagai org perempuan kena sedar kita ada marwah...
cinta terlarang ni juga mengundang kepada masaalah sosial seperti mengandung luar nikah sebagai jalan singkat utk menamatkan sengketa diantara kedua belah pihak last sekali terima lah juga walau tak dapat belanja pun.ya lah org minta letak belanja mahal lah cakap tu tak berlapik langsung...akhir sekali suka sama suka perut dah jadi buncit...buatan org lah...ada yg kahwin macam ni bahagia sampai sekarang beranak bercucu mungkin sebab taubat mereka diterima oleh Allah tapi ada yg hancur...jenis ni kesian lah ye...sisuami tak pernah menghormati si isteri sebab apa tak tau sebab boleh free...  anak anak dah membesar...hidup pun belum cukup ilmu agama masih ingin nak ikut nabi kahwin lagi satu...banyak cantik muka kau...yg dulu pun boleh free ada hati pula ...belanja kahwin sekarang ni mampu pula nak bayar....sebab itulah saya rasa kita sebagai wanita kita pelihara maruah kita jangan senang bagi kat lelaki sebab lelaki ni kalau mudah sangat atau murah sangat mereka takkan hormat pada kita....dalam keluarga pun kita perlu buat yg terbaik dalam menguruskan keluarga jangan lupa selitkan keluarga kita dengan agama yg merupakan kunci segala kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat...keluarga yg tidak berpegang pada solat yg betul takkan bertahan lama dan sentiasa dilanda macam macam masaalah..renungkan lah bersama bukan nak aibkan seseorang tu tapi sekadar nasihat dan teguran...saya sayangkan semua umat islam didunia ni...
setakat ini saja kupasan saya yg tak seperti mana moga tak ada yg marah dan buat teman yg dok suruh saya kupas isu ni harap berpuas hati dan tak larat cik muna nak taip dah banyak kerja yg nak buat ni...santaiiiiii...jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.